PLUS terima anugerah Mob-Ex menerusi kempen 'Senyuman Sepanjang Jalan'

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat pengendali lebuhraya yang pertama merangkul anugerah Mob-Ex anjuran Marketing Magazine di Singapura pada 30 Ogos lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Anugerah terkemuka di Asia Tenggara tersebut diberikan untuk mengiktiraf kempen pemasaran yang paling inovatif, kreatif dan berkesan. Kejayaan PLUS dicapai menerusi kempen ‘Senyuman Sepanjang Jalan’ melalui aplikasi PLUS pada musim cuti persekolahan hujung tahun lalu.

“Pencapaian PLUS di peringkat Asia Tenggara ini adalah amat istimewa kerana ia mengukur keupayaan jenama syarikat ini berbanding jenama-jenama yang lain walaupun ia merupakan kali pertama kami menyertainya. Ia juga membukti kejayaan kempen yang telah diadakan dalam membawa jenama PLUS ke peringkat lebih tinggi,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Pada anugerah tersebut, PLUS membawa pulang 3 Anugerah Mob-Ex iaitu Aplikasi Terbaik bagi kategori Perkhidmatan Kerajaan (Anugerah Perak), Key Opinion Leader (KOL) Terbaik (Anugerah Gangsa) dan Aplikasi Terbaik bagi kategori Hospitaliti dan Perjalanan (Anugerah Gangsa) di Shangri-La Hotel, Singapura.

 


Kemenangan PLUS di Mob-Ex 2019 juga merupakan pengiktirafan dari pakar pemasaran mudah alih di rantau ini mengenai kualiti dan keberkesanan program pemasaran mudah alih PLUS menerusi Aplikasi PLUS dan Kempen ‘Senyuman Sepanjang Jalan’. Ia juga mengiktiraf program transformasi digital PLUS dan PLUS secara keseluruhan untuk memberi perkhidmatan serta meningkatkan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada pelanggan kami di setiap perjalanan mereka.

Kesemua anugerah telah disampaikan oleh penganjur dan rakan kerjasama kepada Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew.

Sementara itu, sebanyak 81 pemenang daripada 27 kategori yang dipertandingkan telah menerima anugerah tersebut. Antara pemenang yang menerima anugerah dalam kategori yang sama adalah Sport Singapore dan Workforce Singapore (Aplikasi Terbaik bagi Perkhidmatan Kerajaan), Malaysia Digital Economy Corporation dan XL Axiata (Key Opinion Leader Terbaik) serta Resorts World Sentosa dan UOB (Aplikasi Terbaik bagi Hospitaliti dan Perjalanan).

Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…