PLUS terima anugerah Pemangkin Digital 2020

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi konsesi lebuh raya pertama yang menerima pengiktirafan sebagai Pemangkin Digital 2020, minggu lalu.


Ia adalah antara anugerah tertinggi oleh firma penilaian berkenaan, IDC Malaysia dan pengiktirafan itu dibuat pada Anugerah Transformasi Digital IDC 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

PLUS menjadi syarikat pengendali lebuh raya pertama di negara ini yang meraih anugerah kecemerlangan organisasi yang melaksanakan inisiatif digital untuk memenuhi keperluan baharu pelanggan, memacu kemampuan, memastikan infrastruktur kritikal dan menyokong ekosistem industri baharu.

 

Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid berkata, projek transformasi digital PLUS iaitu terpilih di antara lebih 1,300 penyertaan berkualiti tinggi yang terdiri daripada lebih 640 organisasi dari seluruh Asia serta Pasifik.

 

"Dinobatkan sebagai pemenang anugerah berpresti ini membuktikan bahawa kami berusaha keras, mungkin lebih gigih daripada rakan industri lain dan ia satu pengiktirafan yang membanggakan atas usaha Transformasi Digital kami.

 

"Kami akan memastikan penambahbaikan berterusan sentiasa dilaksanakan sepanjang proses menyediakan produk-produk inovatif dan memberi pengalaman terbaik dalam perkhidmatan pelanggan di samping mengutamakan keselamatan pelanggan kami di sepanjang perjalanan mereka," katanya.

 

Menurutnya, bagi tumpuan transformasi digitalnya, PLUS melaksanakan beberapa projek di bawah kempen 'Toll of Tomorrow', iaitu inisiatif yang bertujuan untuk memodenkan sistem lebuh raya dan sistem tol.

 

"Anugerah Pemangkin Digital ini mencerminkan 101 peratus usaha transformasi digital kami demi syarikat.

 

"Ini adalah salah satu pemangkin kepada rancangan transformasi digital demi mewujudkan dan memperkukuhkan infrastruktur pada masa hadapan agar dapat terus ditambahbaik, kajian berterusan serta menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih  inovatif dalam bidang mobiliti dan industri lebuh raya dalam negara,"  katanya.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…