PLUS terima pengiktirafan pengurusan anti-rasuah di peringkat antabangsa

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO 37001:2016 bagi Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) baru – baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengiktirafan ini diterima selepas lima bulan komitmen ikrar Anti Rasuah dan Korupsi (ABAC) di hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa berlangsungnya Hari Integriti PLUS pada Februari lalu.

“Saya berasa amat berbangga kerana semasa berlakunya wabak Covid-19 ini, PLUS berupaya untuk mempercepat mengadaptasi cara kerja baharu dengan memanfaatkan penggunaan teknologi untuk menghubungkan kakitangan, rakan niaga dan masyarakat terhadap kepentingan menegakkan integriti. Pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi tahap kedudukan sikap sifar toleransi PLUS terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi.

"Slogan #pilihintegrititiadatoleransi yang kami terapkan menegaskan kepercayaan kami bahawa tiada kompromi terhadap perihal integriti,” tegas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

“Pensijilan ini membuktikan hasil usaha yang luar biasa PLUS dalam usaha mendorong ke arah pemikiran budaya ABAC di antara golongan Warga PLUS dan menunjukkan komitmen dan kesediaan kami terhadap keperluan tanggungjawab korporat dalam Seksyen 17 (A) Akta SPRM,” kata Satpal Singh, Ketua Pegawai Governans dan Risiko PLUS.

Pensijilan tersebut diperolehi setelah pemeriksaan audit secara teliti dan mendalam yang dilakukan oleh pihak SIRIM QAS International, sebuah badan pensijilan bebas yang telah membuat kesimpulan bahawa PLUS telah menunjukkan proses dan praktik yang berkesan untuk mengelak, mengesan dan bertindak balas terhadap gejala rasuah selaras dengan undang-undang anti rasuah.

Sebelum penerimaan pengiktirafan tersebut, PLUS telah melancarkan saluran pemberian maklumat di lawan web rasminya, yang membolehkan orang ramai untuk melaporkan kes yang disyaki berkenaan dengan perlakuan tidak wajar PLUS tanpa perlu rasa takut dan risau terhadap sebarang tindakan balas. “Semua laporan yang diterima adalah sulit dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mematuhi Prinsip ABAC PLUS,” tambah Satpal

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Oleh itu, PLUS menyarankan semua pengguna lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan mereka dan…