PLUS tutup lorong kiri Terowong Meru arah selatan 7-16 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
PLUS dalam satu kenyataan akan menutup sementara lorong kiri Terowong Meru laluan Kuala Kangsar-Ipoh di KM260.30 hingga KM262.05 arah Selatan bermula 7 Februari hingga 16 Februari ini.

Penutupan itu adalah untuk memberikan laluan kepada penurapan jalan secara berpringkat yang akan dilaksanakan antara jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.
 

meru


Laluan kontra akan diaktifkan secara berkala bergantung kepada keperluan semasa bagi melancarkan pergerakan trafik.

Para pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, selain mematuhi papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata…
Berita Domestik
Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut…
Berita Domestik
  "Ia peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu,…