Ini kerana laluan tersebut akan ditutup sepenuhnya buat sementara waktu bermula jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang untuk tujuan latihan simulasi kecemasan.
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna dari utara/Kuala Kangsar menghala ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) sebelum memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.

Latihan simulasi tersebut diadakan untuk menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi yang terlibat, selain mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.
Latihan ini akan melibatkan agensi-agensi seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, MIROS, Edgenta Infrastructure Services (EIS) dan sebagainya.