PLUS TUTUP SEMENTARA LORONG KANAN KM273.3 – KM272.2 IPOH ARAH UTARA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SEGERA LUBANG BENAM

oleh Hamimah Hamid|
LORONG kanan antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia Berhad (PLUS) ditutup sementara kepada pengguna ekoran kejadian lubang benam (sinkhole) pagi tadi.

PLUS dalam kenyataan media nya memaklumkan pasukan sukan PLUSRonda mengesan lubang benam terbabit pukul 7.44 pagi.

Menurut kenyatan terbabit, susulan itu
lorong tersebut ditutup buat sementara waktu demi keselamatan pengguna lebuh raya. 

Pada masa ini hanya satu lubang benam dikesan dan PLUS akan terus memantau kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan. 

Pegawai plus membuat penilaian kerosakan

Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikuti semua papan tanda amaran lalu lintas di kawasan tersebut. 

Lorong kiri di laluan akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan disahkan selamat untuk kegunaan pelanggan lebuh raya. 

Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di laluan yang terjejas, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya.