PM Anwar Ibrahim Pelawa Geely Tingkat Pelaburan Bangunkan AHTV

oleh Qalif Latif|
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim.

Menurut Anwar, yang juga Menteri Kewangan, AHTV dijangka menjadi hab penting rantaian bekalan automotif serantau hasil daripada komitmen pelaburan Proton, anak syarikat Geely di Malaysia.

Kita mahu menjadikan AHTV ini sebagai pusat penting untuk Geely dan saya beritahu kepada Pengerusi Li Shufu bahawa Geely perlu menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk pengeluaran kereta tetapi juga sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan dan pendidikan,” katanya ketika merasmikan Kilang EV Proton hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kilang EV Proton Turunkan Kos

Anwar berkata peluncuran Kilang EV Proton bakal menurunkan kos penghasilan kereta elektrik, sekali gus membuka peluang lebih ramai pengguna berpendapatan sederhana untuk memiliki kenderaan mesra alam dengan kos lebih rendah dan kemudahan lebih baik.

Kilang ini juga membolehkan Proton bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan harga yang mampu milik,” tambah beliau.

Sasaran Pasaran Global

Selain itu, pelancaran kilang baharu ini juga membuka peluang lebih luas untuk Proton menembusi pasaran antarabangsa termasuk Mesir, Afrika Selatan dan Brazil.

Semasa saya di Beijing, Perdana Menteri Mesir (Mostafa Madbouly) menyatakan kebanggaan beliau dengan prestasi Proton Mesir yang kini menjadi antara jenama kereta baharu paling popular dan mudah dimiliki rakyat di sana. Ini menunjukkan kemampuan kita menembusi pasaran luar negara,” jelas Anwar.

Beliau turut memaklumkan hasrat Malaysia untuk memperkukuh kedudukan Proton di Afrika Selatan dan Brazil melalui kerjasama ekonomi serta hubungan diplomatik yang baik dengan kedua-dua negara berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Maklumat ini didedahkan menerusi laporan industri automotif global yang memetik kenyataan…
Berita Global
  Jumlah itu mewakili 45 peratus daripada jualan agregat.  Jualan di luar China juga mencatatkan…
Berita Domestik
Antaranya adalah konsep SUV flagship berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan…