PM mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diselesaikan guna 'fast track'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.


Ujarnya, pembinaan Pan Borneo mengambil masa terlalu lama, dan seharusnya diselesaikan secepat mungkin demi rakyat di dua negeri itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pan Borneo kita dengar dah 12-13 tahun, tiap-tiap tahun kita dengar Pan Borneo, Pan pun tidak ada Borneo pun tak nampak.

"Jadi saya tugaskan TPM, Datuk Seri Fadillah (Yusof) bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk ambil sikap dan tindakan segera fast track, saya nak ini diselesaikan dan dimulakan tahun ini untuk projek ini selesai.

"Ini cara baharu kerajaan, tiada ketirisan, tiada penipuan, tiada tindakan sakau-menyakau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu pada Rabu.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.

Fasa pertama lebuh raya itu sepanjang lebih 2,000km merentasi bahagian utara Pulau Borneo hampir siap sepenuhnya.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas mengumumkan peruntukan RM20 billion untuk menyegerakan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road sepanjang lebih 1,000 kilometer.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…
Berita Domestik
  "Difahamkan, semasa kerja-kerja pembinaan tambakan jalan dilaksanakan di kawasan ini, tanah yang…
Informasi
  "Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan…