PM - Proton Saga akan mula dipasang secara tempatan di Mesir mulai Disember ini

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Proton akan memulakan pemasangan tempatan bagi model Proton Saga di Mesir mulai Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara.

Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570 juta, menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau ini.

Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, menyatakan usaha ini penting untuk menerokai pasaran baharu, dengan pusat pemasangan di Giza menjadi yang pertama untuk model pandu kiri syarikat di luar negara.

RTM

 

pmx

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, turut serta dalam lawatan rasmi itu termasuk Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah…
Berita Domestik
"Ia melegakan apabila projek (Lebuh Raya Lembah Klang Timur atau EKVE) dapat diselesaikan. Hari ini…
Berita Domestik
"Sehubungan itu, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025…