PM - Sempadan negara tidak dibuka 1 Mac

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan penelitian beberapa perkara terlebih dahulu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara diumumkan MPN itu hanyalah cadangan dan ia perlu dibincangkan dalam kerajaan selain mendapat saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Beliau berkata, perkara itu juga adalah bagi memastikan kesediaan negara untuk menerima pengunjung luar serta keupayaan kerajaan dalam mengatasi Covid-19 dan varian Omicron.

 


“Itu hanya cadangan MPN, ia perlu dibincangkan dan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) boleh duduk sama dalam perbincangan ini.

 

Jika perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan kabinet...kita akan bincang perkara ini.

 

“Cuma saya mahu maklumkan buat masa sekarang, tiada perbincangan lagi yang telah dibuat, itu hanya cadangan sahaja daripada MPN,” katanya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, turut serta dalam lawatan rasmi itu termasuk Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah…
Berita Domestik
"Ia melegakan apabila projek (Lebuh Raya Lembah Klang Timur atau EKVE) dapat diselesaikan. Hari ini…
Berita Domestik
"Sehubungan itu, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025…