PODCAST YANG BERCERITA MENGENAI FORD RANGER ‘BUILT FOR LIFE’ BAKAL DITAYANGKAN TIDAK LAMA LAGI

oleh Firdaus Razani|
Jika anda seorang peminat kepada gaya hidup pemanduan mencabar atau off road, anda pasti ingin menjadi sebahagian daripada komuniti yang mempunyai minat yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, Sime Darby Auto Connexion dan Ford bakal menayangkan siri podcast mereka dan juga pertama dalam industri automotif Malaysia bertajuk “Built For Life”, yang bakal ditayangkan di platform Spotify dan Youtube.

Siri podcast tersebut akan menayangkan enam episod yang bakal dihoskan oleh personaliti radio terkenal, J.J Fernandez untuk bersama dengan kamuniti pemilik Ford Ranger bagi berkongsi kepada pendengar kepada gaya hidup yang menarik.

 

podcast

 

Podcast ini semestinya ingin mendedahkan dengan lebih terperinci gaya hidup 4x4 yang menarik kepada penonton terutama sekali apabila mengendalikan Ford Ranger.

Apabila bercakap mengenai Ford Ranger, siri ini turut menampilkan komuniti pemilik Ford Ranger iaitu Malaysian Ford Ranger Club (MFRC) dan ikatan kukuh yang menyatukan mereka.

Tidak dilupakan juga, di dalam siri podcast Built For Life ini turut menampilkan wakil dari Careta Malaysia iaitu Hezeri Samsuri yang berkongsi pengalaman beliau sebagai wartawan automotif.

 

podcast

 

Dalam siri ini turut mempunyai segmen yang berkongsi tentang model pikap paling berkuasa di pasaran iaitu Ranger Raptor generasi baharu yang dikuasakan dengan enjin 3.0L V6 dwi-turbo.

Dalam segmen itu, pakar off road serta wartawan permotoran merungkai ciri-ciri unggul jentera itu dan termasuk kehebatan teknologi yang diberikan kepada generasi baharu Ranger Raptor.

Melalui podcast ini, anda akan belajar banyak tentang apa daya tarikan Ranger dalam komuniti 4×4 tidak kira anda pemandu yang berpengalaman atau sedang memilih model Ford Ranger sebagai pilihan atau tidak.

 

podcast

 

Siri Podcast ini turut dikongsi oleh wakil Ford kepada pendengar mengenai bagaimana Ford Ranger Raptor mengharungi salah satu perlumbaan paling sukar di dunia, Baja 1000.

Built For Life bukan sahaja podcast malah ia adalah bukti rakyat Malaysia untuk mencari keseronokan pengembaraan di sebalik pikap dan juga merupakan sumber baharu komuniti Ford Ranger tempatan.

Built For Life akan ditayangkan sebanyak enam episod pada setiap hari Ahad mulai 28 Januari di platfrom atas talian Spotify dan Youtube.

 

SUMBER : World of Buzz