Point Nemo jadi tapak kubur Stesen Angkasa Antarabangsa tahun 2031

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang tahun 2031, jangka hayat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan ditamatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghempaskan ISS tepat di bumi bagi mengurangkan objek buatan manusia atau sampah angkasa di orbit serta atmosfera bumi.

Stesen yang dibina dengan kos melebihi US$150 bilion itu akan berada pada ketinggian 400 km sebelum dihempaskan ke Lautan Pasifik, atau lebih tepat lagi Point Nemo selepas hari terakhir aktivitinya tamat.
 

point
sumber: KellyPlanet


Point Nemo yang dimaksudkan itu merupakan satu titik yang terletak kira-kira 4,828 km dari pantai timur New Zealand.

Ia bukanlah sesuatu perkara yang aneh bagi NASA, memandangkan saluran berita CNN telah melaporkan terdapat 263 serpihan angkasa lepas dari pelbagai negara telah dibuang ke dalam laut sejak 1971 lagi.

Mula beroperasi pada tahun 1998, ISS telah menerima kehadiran angkasawan secara berterusan sejak tahun 2000, dan lebih 3,000 penyelidikan telah dilakukan di situ.

Sumber: Daily Star UK