Pokok tumbang hempap 2 kenderaan, 2 pemandu nyaris maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Dua lelaki nyaris maut apabila dua kenderaan yang dipandu mereka, dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Apartment Angkasa, Manggatal, di Kota Kinabali, pada Isnin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, petang Isnin.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.34 petang.

Seramai 10 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Lapor pokok tumbang menghempap sebuah lori 3 tan dan sebuah kereta jenis Proton Saga. Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas (gergaji berantai).

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Setelah memastikan keadaan selamat operasi operasi ditamatkan pada jam 18:32” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua pemandu lelaki berusia 31 dan 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Laluan berkenaan boleh dilalui sebaik kerja-kerja mengalihkan dahan pokok tumbang selesai.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan jam 6.32 petang tadi,” katanya.

Operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu.

Terdahulu, kejadian pokok tumbang itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di kawasan berkenaan sehingga tular di media sosial.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kes ini berpunca daripada insiden pada tahun 2018 di mana Iqmal mengalami kecederaan apabila…
Berita Domestik
Pada jam 5.04 petang, APM menerima laporan tujuh pokok tumbang di Jalan Cengal Selatan, Taman…
Berita Domestik
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar…