Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi dinaikinya turut ditimpa dahan pokok terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati sebuah motosikal dihempap pokok tumbang.
"Anggota segera menjalankan kerja menyelamat, termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah pokok.
"Kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok turut dilakukan bagi memastikan laluan selamat," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut, manakala penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Melaka menggunakan jentera EMRS.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.18 petang.