Polestar 2 dipanggil semula buat kali kedua

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Top Gear
Selepas satu, satu masalah mula menimpa Polestar yang baharu sahaja memulakan penjualan model sedan berkuasa elektrik Polestar 2 apabila model tersebut dipanggil semula buat kali kedua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen recall tersebut dibuat berhubung isu berkaitan dengan komponen inverter yang berkaitan dengan High Voltage Coolant Heater (HVCH) yang bertanggungjawab terhadap sistem pemanasan kabin dan bateri.

Sebelum ini, Polestar mengumumkan kempen panggil semula berhubung isu yang berkaitan dengan Battery Energy Control Module di mana terdapat sesetengah pemilik mengadu kenderaan mereka kehilangan kuasa ketika memandu.

Kempen recall terbaharu ini melibatkan kira-kira 4,586 unit Polestar 2 yang telah diserahkan kepada pelanggan, di mana mereka akan diberitahu menerusi emel untuk langkah seterusnya.

Sementara kenderaan yang belum diserahkan kepada pelanggan akan dibaiki sebelum proses serahan dilakukan, malah Polestar turut menjangkakan kelewatan dalam menyerahkan kenderaan yang dimaksudkan kepada pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…
Berita Domestik
Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan…