Polestar 3 - SUV elektrik berprestasi tinggi, kongsi platform XC90 generasi baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model plug-in hybrid Polestar 1 dan sedan fastback Polestar 2, Polestar kini mensasarkan model seterusnya dalam bentuk SUV bagi menyaingi model-model seperti Audi e-tron dan juga Jaguar I-Pace.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Model ketiga ini bakal dinamakan sebagai Polestar 3 dengan trenkuasa sifar emisi dan membawakan identiti unik syarikat apabila dijadualkan pengenalannya pada tahun 2022.

Ia merupakan antara kereta pertama yang bakal menggunakan platform SPA2 serba baharu yang turut sama menghasilkan SUV XC90 generasi baharu, serta model pertama yang bakal membawakan identiti Polestar yang tersendiri seperti yang diperlihatkan pada model konsep Precept.

 


Platform SPA2 merupakan evolusi kepada platform SPA1 dan direka untuk kereta yang lebih besar termasuklah S60, V60, S90 dan V90 generasi baharu.

Menurut Pengarah rekaan Max Missoni memberitahu AutoExpress UK, konsep Precept yang dipamerkan baru-baru ini merupakan indikasi besar peralihan Polestar daripada Volvo, dan rekaan SUV Polestar 3 akan diinspirasikan daripada model tersebut.

Seperti yang disebutkan di atas, SUV Polestar akan hadir dalam masa yang sama pengenalan SUV XC90 versi elektrik sepenuh masa dan bakal membawakan rekaan casis dan teknologi bateri yang sama.

Jika Volvo XC90 generasi baharu ditala untuk lebih keselesaan, Polestar 3 pula difahamkan memiliki talaan yang lebih memfokuskan kepada prestasi serta tetapan casis yang lebih sporti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …