Polestar perlihat roadster elektrik O2 Concept

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua tahun selepas pengenalan model konsep berpintu empat Precept, Polestar kini menampilkan sebuah lagi model konsep yang sangat menarik, dinamakan sebagai Polestar O2 Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti Precept, O2 Concept membawakan reka bentuk roadster dua pintu (namun masih lagi mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa) dengan rekaan bumbung hard-top.
 

O2


Menurut Polestar, O2 Concept ini dicipta untuk memperkenalkan pengalaman pemanduan yang hidup dan terus daripada roda stereng, sudut oleng yang minimum, serta trenkuasa elektrik yang lebih lincah dann berkuasa.

Sayang sekali, tiada sebarang maklumat berhubung angka output yang bakal ditawarkan pada model konsep roadster ini.
 

O2


O2 Concept juga turut direka supaya lebih mesra alam semula jadi menerusi penggunaan bahan kitar semula seperti poliester, busa, gentian, serta laminasi bukan tenunan.

Malah casis juga turut menggunakan aluminium dengan gred yang berbeza di mana kebanyakannya menggunakan bahan aluminium yang dikitar semula.