Polis buru pemandu 'King' putih pandu melulu

oleh Penyumbang Rencana|
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 93 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Selinsing di Bagan Serai.

Kejadian berlaku pada 3 Mac itu mendapat perhatian umum selepas rakaman papan pemuka berdurasi 39 saat kejadian itu dimuat naik dan tular di media sosial.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat itu, Perodua Myvi berwarna putih berkenaan dikesan telah menyebabkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat itu telahpun membuat laporan dan rakaman percakapan diambil oleh pihak polis.

"Berdasarkan siasatan awal, Perodua Myvi itu didaftarkan atas nama seorang wanita berusia 45 tahun yang beralamat di Ipoh.

"Polis kini dalam usaha mengesan pemilik kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Khairul A'ini Jamaludin di talian 019-8294242.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak bomba mengambil masa antara 30 hingga 40 minit untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan…
Berita Domestik
Suspek berusia 42 tahun itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sebelum ditahan…
Berita Domestik
Siasatan mendapati kemalangan itu yang membabitkan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada jam 4.55…