Polis buru pemilik Alza lawan arus

oleh Mohamad Hanif|
Polis sedang mengesan dan mengenal pasti pemandu sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu secara melawan arus di Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) di sekitar Hentian Rehat Senawang yang videonya tular dalam media sosial sejak semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata video berdurasi 36 saat itu tular sejak jam 5 petang semalam memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna merah dipandu secara berlawanan arus.

Katanya, siasatan lanjut pihak polis mendapati kejadian terbabit berlaku di sekitar kawasan hentian rehat Senawang di Kilometer 248 arah utara) menuju ke arah Kilometer 240 (Utara) Lebuhraya Utara Selatan.

"Kereta ini didapati bergerak di lorong kecemasan secara melawan arus seterusnya memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi lalu dipandu ke arah Selatan.

"Siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan terbabit adalah seorang wanita berusia 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor.

"Namun begitu, status pemandu yang memandu kenderaan terbabit masih belum dapat dipastikan dan sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenal pasti serta mengesan pemandu kereta berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mohd Said berkata, kes terbabit disiasat di bawah Sek 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…