Polis cari 'marshal' konvoi motosikal berlagak seperti polis trafik

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

 

"Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

 

"Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

 

"Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.

 

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan orang lain.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Suspek berusia 42 tahun itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sebelum ditahan…
Berita Domestik
Susulan aduan diterima polis melakukan pemantauan mendapati kegiatan kumpulan itu semakin aktif…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik…