Polis cedera motosikal ditendang mat rempit

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera selepas motosikal yang ditungganginya ditendang seorang mat rempit di Kampung Tanjung Berembang, Nibong Tebal, dekat sini awal pagi semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota terbabit, Konstabel Muhammad Aiman Nordin, 20, yang terjatuh selepas motosikalnya terbabas mengalami luka pada beberapa bahagian badan.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung aktiviti lumba haram di simpang jalan kampung tersebut.

 

Menurutnya, menyedari kehadiran dua anggota URB itu, kumpulan mat rempit berkenaan melarikan diri dalam dua kumpulan motosikal.

 

“Anggota tersebut kemudian mengejar mat rempit berkenaan hingga ke persimpangan Jalan Tok Tuntong, namun motosikal anggota URB itu telah ditendang oleh seorang pembonceng,” katanya kepada pemberita.

 

Tambahnya, anggota berkenaan mengalami kecederaan pada tangan kanan, siku dan luka calar pada muka dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap dekat Butterworth.

 

“Remaja lelaki berusia 16 tahun yang menendang motosikal anggota URB terbabit bagaimanapun berjaya diberkas sejurus insiden tersebut,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

 

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…