Polis Hong Kong tahan 45 buah supercar berlumba haram di hujung minggu

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 45 buah supercar yang terdiri daripada kereta berjenama Lamborghini, Porsche, Ferrari, Nissan GT-R, McLaren, dan Mercedes-AMG telah ditahan oleh pihak berkuasa Hong Kong pada hujung minggu yang lalu.

Menurut laporan daripada South China Morning Post, operasi tersebut telah dilakukan seawal jam tujuh pagi waktu tempatan Ahad lalu selepas kumpulan supercar itu dikesan melepasi laluan Island Eastern Corridor arah barat.

Pihak Polis terpaksa menutup dua laluan untuk menahan kumpulan geng supercar itu.

Bercakap kepada South China Morning Post, ahli majlis tempatan Derek Ngai Chi-Ho menjelaskan terdapat aduan bunyi bising disebabkan oleh supercar berlumba daripada penduduk di sekitar lebuh raya tersebut.

"Keadaan ini menjadi semakin berlarutan selepas tengah malam, atau ketika hujung minggu," jelas beliau lagi.

Beberapa laporan media tempatan turut menyebut salah sebuah daripada Nissan GT-R telah ditunda akibat modifikasi yang tidak mengikut peraturan, dan sembilan notis yang memerlukan kenderaan tersebut diperiksa semula sebelum dibenarkan dipandu atas jalan raya.

Sehingga hujung tahun lalu, laporan terhadap perlumbaan haram di Hong Kong meningkat sebanyak 40 peratus kepada 139 kes, berbanding 99 laporan yang dibuat sepanjang tempoh tahun 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, operasi khas ini dilaksanakan bagi mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi itu, enam individu terlibat dalam kemalangan berkenaan…
Berita Domestik
Menurut laporan Khaosod English, enam buah kereta dilihat berpusing tiga kali di hadapan Greenway…