Polis jumpa 100 kg ganja tepi jalan LPT2

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Sun Daily
Pasukan penguatkuasa trafik telah menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang dtinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, Ahad Lalu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menjalankan ‘Snapcheck’ bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.

"Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

"Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata beliau percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu 'snapcheck' oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek bakal berdepan enam…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Domestik
JPJ juga menyita 551 kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut…