Polis kantoikan pengguna lorong-lorong tikus

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa pemandu kenderaan terkejut kerana lorong-lorong tikus yang mereka mahu gunakan untuk merentas sempadan telah dipantau lebih awal oleh polis.

Menurut Comm Datuk Sahabudin Abd Manan, ketua polis Pulau Pinang, pihak beliau akan membuat pemantauan ke atas lorong-lorong tikus tersebut semasa musim perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lima laluan tikus yang dipantau itu berada di tanah besar Pulau Pinang di mana tiga terletak di selatan Seberang Prai (bersempadan dengan Kedah dan Perak) sementara dua lagi ialah di sawah padi berhampiran Pinang Tunggal di Kepala Batas dan Kampung Selamat di Tasek Gelugor.

Pihak polis mengadakan 42 sekatan jalanraya (SJR) di seluruh negeri tersebut.

Sementara itu polis juga akan mengawasi jalan tebing sungai di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal berhampiran sempadan Pulau Pinang-Kedah, jalan tar kecil di sempadan Kampung Selamat - Padang Serai dan jalan di Ara-Kuda/Lunas di sepanjang Jalan Tun Sardon.

PDRM juga akan mengawasi mereka yang datang dari Kulim atau Kubang Semang, Kedah.

* Gambar utama dan laporan asal dari The Star

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…