Polis keluarkan 10,000 hingga 15,000 saman trafik setiap hari di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada Rabu yang antara lain membenarkan pergerakan merentas negeri, polis mengeluarkan 10,000 hingga 15,000 saman trafik setiap hari di seluruh negara atas pelbagai kesalahan jalan raya.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, antara kesalahan ialah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan melanggar lampu isyarat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ini menunjukkan tahap disiplin pemandu ketika di jalan raya masih rendah, katanya ketika menjadi tetamu dalam talian program ‘Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan: Raya atau Waspada’ terbitan Bernama TV.

 

Azisman turut mengingatkan mereka yang menerima saman trafik berkenaan agar melunaskannya dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Mengulas persiapan JSPT bagi menangani pergerakan masyarakat selepas dibenarkan merentas negeri, beliau berkata selain pasukan respons yang akan digerakkan segera untuk memastikan kelancaran aliran trafik, JSPT setiap kontinjen juga meletakkan unit kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal di setiap hentian rehat dan rawat di lebuh raya.
 

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Domestik
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta…