Polis kenalpasti pemilik bengkel jual aksesori tidak ikut spesifikasi

oleh Mohamad Hanif|
Polis akan memanggil pengusaha kedai aksesori dan bengkel kenderaan di dalam usaha mencegah pengubahsuaian kenderaan yang melanggar undang-undang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dengan wujudnya kedai aksesori dan bengkel yang menawarkan barangan dan perkhidmatan itu menyebabkan pengguna lebih cenderung melakukan kesalahan.

Menurutnya, perkara itu kini sedang diteliti dan bengkel terlibat sudah dikenal pasti.

Katanya, antara kesalahan yang sering dikesan seperti penjualan pelbagai jenis ekzos motosikal dan kereta serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau 'fancy'.

"Selain itu terdapat bengkel yang menawarkan pemasangan alat ganti yang tidak sepatutnya," katanya.

Beliau mengambil contoh pemasangan ekzos motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang menjadi punca pencemaran bunyi.
 

gambar sekadar hiasan

Mazlan berkata, beliau akan meminta setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur mengenal pasti premis berkenaan di kawasan masing-masing.

"Jika pengusaha premis ini terus mengulangi kesalahan itu barulah tindakan berkaitan akan dikenakan," katanya.

Mengulas mengenai Op Bersepadu itu, Mazlan berkata, ia membabitkan 84 pegawai dan anggota yang terdiri daripada polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Operasi yang bermula jam 8 malam hingga 12.30 tengah malam itu dijalankan di empat lokasi iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Semarang, Jalan TAR dan Jalan Bangsar.

"Sebanyak 730 kenderaan dan mengeluarkan 507 saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran dan kenderaan serta kesalahan lain.

"Selain itu, 32 kenderaan turut disita iaitu 27 motosikal dan lima kereta," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…