Polis kesan individu sengaja baling botol kaca ke arah jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang didapati sengaja membahayakan pengguna dengan membaling botol kaca dari balkoni kediaman ke arah jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan dari sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti individu berkenaan dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

Tindakan berkenaan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam," katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Noor Dellhan menambah pihaknya juga masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 bagi membantu siasatan.

Semalam, tular sebuah video berdurasi seminit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @syrupboy yang memaparkan perbuatan seorang lelaki membaling botol kaca ke arah jalan raya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga…