Polis kesan lelaki disyaki khianat kereta milik juruacara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari PDRM
Juruacara wanita kerugian RM500 selepas keretanya di hadapan rumah kedai di Taman Pusat Kepong, dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada wanita warga tempatan berusia 27 tahun itu pada 7.16 malam hari Jumaat.


Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa meletakkan keretanya di hadapan sebuah rumah kedai pada 1 pagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Keesokannya, lebih kurang 9 pagi, ketika mangsa ingin mengambil kereta, dia mendapati tayar keretanya tiada angin, manakala terdapat tong sampah besar berwarna hijau diletakkan di atas bumbung keretanya.

 

"Selain itu, terdapat beberapa biji botol arak dan sampah sarap diletakkan di atas bumbung kereta mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Beliau berkata, mangsa juga dapati nombor plat keretanya dicabut manakala cermin kanan bahagian penumpang diconteng dengan cat hitam yang tertulis perkataan no park (tidak boleh parkir).

 

"Anggaran kerugian dialami mangsa lebih kurang RM500. Hasil semakan CCTV di kawasan itu, mendapati kelibat seorang lelaki berkeliaran di kawasan berhampiran yang disyaki melakukan perbuatan khianat ini," katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melakukan khianat.

 

"Motif kejadian masih dalam siasatan. Polis kini dalam usaha mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat ini," katanya.

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul 03- 40482222.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kanak-kanak tersebut…
Berita Domestik
Puncanya tidak diketahui, namun berdasarkan hantaran daripada bekas pengurusan yang lama, mereka…