Polis kesan pemandu Myvi lawan arus di Lebuhraya PLUS

oleh Penyumbang Rencana|
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang tular memandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan (hazard lights) di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.


Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata, satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook dikesan pada Selasa memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus.

 

"Susulan video tersebut, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai sedang mengesan individu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

 

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh tampil ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Beng Yeow memberitahu usaha mengesan pemandu Myvi tersebut sedang dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

 

"Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

 

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah…
Berita Domestik
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori…
Berita Global
  Lima daripada yang cedera dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 cedera…