Polis kesan pemandu Persona tayang gari

oleh Mohamad Hanif|
Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dilakukan ke atas individu terbabit selepas kejadian itu tular.

"Polis mengesan satu video kejadian perselisihan faham antara dua pemandu kereta yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang menyalahi peruntukan undang-undang.

Pada Ahad, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…