Polis kini terima semua surat kebenaran pergerakan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis kini boleh menerima surat kebenaran yang dikeluarkan oleh semua kementerian dan jabatan kerajaan.

Dalam satu video ringkas yang diterbitkan oleh KiniTV, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman M V Srikumar M Nair telah memaklumkan arahan tersebut kepada semua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di seluruh negara.

 


"KPN telah memutuskan dan mengarahkan supaya kita menerima pakai semua surat pergerakan, baik daripada Miti, kementerian atau jabatan.

"Walaupun selepas dua tiga hari yang dikatakan diberi kelonggaran, kita tetap benarkan pemakaian surat ini.

"DIharap tuan-tuan dan puan-puan dapat maklumkan kepada semua bahagian yang menjalankan sekatan jalan raya," kata Srikumar.

Rakaman video itu tular sejak semalam dan turut dikongsi di laman Facebook Kementerian Pengangkutan.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian dan Agensi yang dimaksudkan adalah: 1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan…
Berita Domestik
  "Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori…
Berita Domestik
PDRM akan menerima surat dari MITI itu untuk sementara waktu bagi membantu memudahkan urusan orang…