Polis - Laluan khas di taman rekreasi selesaikan isu berbasikal

oleh SALINA JALIL|
Isu berbasikal mengundang bahaya yang berlarutan sekian lama boleh diselesaikan dengan mewujudkan laluan khas di taman rekreasi, bagi mengelakkan golongan itu menjalankan aktiviti berkenaan di jalan besar dan lebuh raya.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) wajar memperhalusi cadangan itu secepat mungkin demi menjamin keselamatan golongan berbasikal dan pengguna jalan raya lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"JSPT mengalu-alukan cadangan berkaitan masalah aktiviti berbasikal yang timbul sejak sekian lama.

 

"Kita mohon MOT cepat mengusulkan perkara ini kepada kerajaan pusat supaya isu ini dipandang serius.

 

"Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh menyediakan laluan di kawasan khusus untuk aktiviti berbasikal," katanya lagi.

 

Terdahulu, akbar Berita Harian melaporkan sudah tiba masanya kerajaan serius mengkaji isu kemalangan membabitkan penunggang basikal di jalan raya, bagi mencari penyelesaian terhadap perkara itu

 

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, dipetik berkata perlunya ikhtiar untuk menyediakan perancangan bagi penunggang basikal supaya tidak timbul lagi kesulitan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, dalam operasi…
Berita Domestik
  "Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang…
Berita Domestik
  "Hasil penelitian video itu mendapati aktiviti berkenaan berlaku pada 11.40 malam Sabtu lalu…