Polis Mumbai pasang meter desibel 'ajar' pemandu bising

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda pernah berkunjung ke negara India, suasana bising di atas jalan raya itu merupakan perkara biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di sana, hon lebih besar fungsinya berbanding lampu isyarat membelok, dan jika anda perasan, kebanyakan kenderaan besar mempunyai pelekat "Horn Please" atau "Blow Horn" terpampang besar di bahagian belakang. 

Mengikut statistik, rakyat Mumbai menghidupkan hon sebanyak 18 juta kali dalam masa satu jam, dan purata seorang rakyat Mumbai sahaja memberikan hon sebanyak 48 kali dalam sehari. 

Bayangkan betapa bisingnya suasana atas jalan raya, belum campur dengan gelagat penunggang motosikal dan kereta yang enggan mengalah. 
 


Di Mumbai, pihak polis telah membuat satu langkah berkesan bagi mengurangkan penggunaan hon di jalan raya dengan memasang satu mesin pengukur bunyi digelar sebagai "The Punishing Signal".

Di sesetengah persimpangan lampu isyarat, Mumbai Police memasang meter desibel bagi mengukur tahap kebisingan, dan sekiranya ia melebihi paras 85 desibel (dB), lampu isyarat merah akan kembali kepada masa asal iaitu 90 saat. 

Dan menariknya, lampu merah tidak akan bertukar hijau selagi bacaan desibel tidak berkurangan dari 85 dB!

Menurut Madhukar Pandey, pegawai cawangan Trafik Polis Mumbai berkata, "Mumbai merupakan salah satu bandar yang terbising di dunia, dan kebanyakannya berpunca daripada bunyi hon yang dikeluarkan oleh pengguna jalan raya setiap kali lampu isyarat merah menyala.

Selain daripada Mumbai, bandar-bandar lain seperti Bengaluru dan Hyderabad juga dikatakan bakal mengikuti model yang dilaksanakan oleh Mumbai Police dalam masa terdekat.