Polis Netherlands rampas GT-R pandu lebih had laju tiga kali ganda

oleh Mohamad Hanif|
Pihak berkuasa Netherlands telah bertindak merampas sebuah Nissan GT-R R35 kerana didapati bersalah memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media tempatan, Nissan GT-R tersebut dilapor memandu pada kelajuan 159 km/j dalam zon had laju 50 km/j di tengah bandar Rotterdam menggunakan alat pengesan kelajuan laser.

 


Selain daripada kesalahan melebihi had laju, pemilik GT-R tersebut turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu, selain pendaftaran kenderaan yang sudah luput pada 21 September 2021 yang lalu.

Imej Nissan GT-R yang dirampas itu turut dikongsikan oleh pihak polis menerusi akaun Instagram rasmi mereka.

Menurut pihak berkuasa, masa depan kereta sports Jepun yang dirampas itu akan ditentukan oleh pihak pendakwa raya.

Mungkin pihak berkuasa Netherlands boleh mengambil contoh langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa Portugal, di mana kereta sports yang dirampas itu telah diberikan peluang kedua untuk bertugas sebagai kereta penghantar organ manusia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga tahun.  1,119 hari.  95,000 km atas jalan dengan hanya menggunakan tenaga elektrik! Seorang…
Berita Global
Berdasarkan rekod penjualan kenderaan EV di Netherlands, buat kali pertamanya Jaguar I-Pace berjaya…
Berita Global
Statistik yang dikeluarkan menunjukkan lebih daripada 66% pemandu kenderaan elektrik dan plug-in…