Polis New York minta Waze jangan papar lokasi sekatan jalanraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis New York (NYPD) telah menghantar sepucuk surat kepada Google dan meminta syarikat teknologi itu mengarahkan aplikasi navigasi Waze berhenti dari menunjukan lokasi sekatan jalan untuk pemandu mabuk.

Seperti di Malaysia, Waze turut popular di US kerana ia membenarkan pengguna-pengguna jalanraya memberi amaran kepada yang lain tentang kesesakan lalulintas, penutupan jalan, lokasi perangkap halaju dan juga lokasi sekatan jalanraya oleh polis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

NYPD berkata walaupun Waze membantu mengurangkan kesesakan jalanraya, ia menggangu tugas mereka dalam menangkap pesalah laku trafik.

NYPD dengan tegas meminta Waze menghentikan fungsi itu dengan segera.

Ia juga meminta Google memastikan lokasi pemeriksaan pemandu mabuk di bandaraya itu tidak dimuat naik ke dalam mana mana platform Google. 

Google pula berkata memberi amaran kepada pemandu tentang lokasi kamera perangkap halaju menjadikan pemandu lebih berhati-hati.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…