Polis - Pemandu ingkar amaran banjir akan didenda

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari amaran papan tanda di kawasan bencana banjir.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, berkata pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan mereka yang meredah air banjir walaupun papan tanda amaran sudah dipasang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, terdapat beberapa kes di Terengganu pemandu mengambil risiko meredah laluan yang dinaiki air walaupun jalan sudah ditutup dan lencongan disediakan sebagai laluan alternatif.

 

"Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

 

"Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

 

"Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300," katanya ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota yang terjejas akibat banjir.

 

Roslee berkata, tindakan undang-undang diambil susulan beberapa kes meredah banjir dan laluan yang ditutup sehingga ada yang hanyut bersama kenderaan.

 

Katanya, masih ada segelintir pihak mengambil risiko walaupun pelbagai peringatan diberikan bukan sahaja daripada pihak polis namun pihak berkuasa yang lain.

 

"Kita berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini.

 

"Air banjir ini biasanya keruh dan kita tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin sudah runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya," katanya.

 

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kes berlaku di daerah Kemaman.

 

Kejadian terbaharu berlaku kelmarin apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan air di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…
Berita Domestik
"Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah…