Polis pengiring kenderaan MB Kedah kemalangan, terlanggar motosikal yang tiba-tiba melintas

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota polis trafik cedera kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain ketika mengiringi kenderaan Menteri Besar Kedah di simpang tiga Kampung Chemara, Sik, Kedah semalam.


Mangsa, Lans Koperal Mohd Azlan Iswan, 31, dikatakan terjatuh ke atas jalan raya akibat kemalangan kira-kira jam 6 petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, berkata kejadian berlaku ketika anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sik itu sedang mengiringi kenderaan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dari Tol Gurun ke kediaman persendirian beliau di Sungai Pau, di sini.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal anggota terbabit melanggar motosikal ditunggang seorang jurujual lelaki berusia 24 tahun yang dikatakan melintas dari kiri ke kanan secara tiba-tiba.

 

"Ketika kemalangan berlaku, siren sedang dibunyikan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya.

 

"Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki sebelah kanan, manakala anggota kami terseliuh serta cedera di kaki kanan," katanya.

 

Abdul Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Domestik
  "Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafie…