Polis perketat uji paras alkohol kesan pemandu mabuk

oleh HEZERI SAMSURI|
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan operasi menguji paras alkohol pemandu terutama menjelang musim perayaan tahun baru cina bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan pemandu mabuk.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pemantauan juga akan dibuat di premis-premis berkaitan bagi mengesan pemandu yang mengambil alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Saya dah mengarahkan siasatan apa ni, trafik untuk menggandakan tindakan, mengawasi apa ni lah di tempat-tempat hot spot yang kita tahu lah punca ni daripada mana ye, tempat mereka minum apa semua tu, daripada situ lah.

“Saya dah arahkan supaya mereka menggandakan operasi untuk nak menguji apa ni, pemandu-pemandu yang di bawah pengaruh alkohol ni tadi, mabuk,” katanya.

Ujar Tan Sri Abdul Hamid, kes kemalangan jalan raya disebabkan pemandu mabuk semakin meningkat dan ia satu perkembangan yang tidak baik.

 

 

Katanya, senario itu menimbulkan kegusaran kerana membahayakan keselamatan orang ramai.

Tan Sri Abdul Hamid berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kepada 456 Anggota dan Pesara Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Briged Utara Ulu Kinta, di Ipoh hari ini.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pernah melaporkan, selain faktor letih dan mengantuk, kesilapan manusia atau kecuaian pemandu disebabkan pengaruh alkohol juga merupakan penyebab kemalangan jalan raya.

Pada tahun 2017, sebanyak 212 kes kemalangan berpunca daripada pemanduan mabuk direkodkan PDRM manakala pada 2018 sebanyak 191 kes di catatkan.
 
* Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd. UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…