Polis saman dua kanak-kanak tunggang basikal lajak dan motosikal

oleh SALINA JALIL|
Dua kanak-kanak disaman polis dalam Op Basikal Lajak di sekitar Taman Scientex di Pasir Gudang, petang Sabtu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disaman kerana masing-masing menunggang basikal lajak dan motosikal dalam operasi pihaknya pada 5.30 petang.


Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap remaja berusia 14 tahun yang membonceng motosikal ditunggang kanak-kanak terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya dan membanteras aktiviti basikal lajak.

 

"Penunggang motosikal disaman kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaannya itu sudah tamat tempoh serta tidak memakai topi keledar.

 

"Pemboncengnya pula melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar.

 

"Kanak-kanak yang menunggang basikal lajak pula melakukan kesalahan dengan menaiki basikal yang diubahsuai, tidak mempunyai brek dan loceng," katanya ketika dihubungi.

 

Menurutnya, saman yang dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dibuat mengikut Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Katanya, penunggang basikal lajak pula disaman mengikut peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubahsuai basikal.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng…
Berita Domestik
  "Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok…
Informasi
  Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya…