Polis saman lelaki halang kenderaan bomba di laluan kecemasan

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim pada hari Ahad lepas, setelah rakaman video berhubung tindakannya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 40 saat tular di media sosial Pada Selasa, yang memaparkan tindakan sebuah kenderaan yang enggan memberi laluan kepada kenderaan pasukan bomba di laluan kecemasan.

"Kejadian yang tular itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lepas. Pihak terlibat iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengalami masalah pendengaran telah dipanggil hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan tindakan saman telah dikenakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi…
Berita Domestik
"Antaranya Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, bulatan Bayan Baru, Jalan Tun Dr Awang, Padang Kota Lama…
Informasi
"Selain itu, untuk membuktikan pokok terbabit tidak diselenggara dengan baik oleh PBT juga agak…