Beliau berkata lori itu dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda untuk pulang ke asrama kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang.
"Semasa diperiksa, kami dapati ada 48 orang pekerja asing positif Covid-19 yang memakai gelang kuarantin berada di ruang barang lori tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
"Pemilik kilang itu memang merancang untuk menggunakan lori tersebut bagi tiga perjalanan membawa kesemua 135 pekerjanya yang positif Covid-19 ke pejabat kesihatan," sambung Adzli.
Polis menyaman pemandu lori tersebut di bawah Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyalahguna lesen memandunya.
* Laporan penuh di The Sun Daily