Polis Selangor terima 35 Toyota Hilux GS Cargo

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bernama
Polis Selangor hari ini menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo) yang akan diserahkan kepada setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tujuan penugasan pihaknya.


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kenderaan yang mampu memuatkan 10 anggota untuk sekali penugasan itu adalah bersesuaian bagi pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR), light strike force (LSF), membawa mayat, mengangkut barang dan sebagainya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jelasnya, polis Selangor merupakan kontinjen pertama menerima pacuan empat roda model berkenaan yang saiznya lebih besar daripada model kenderaan yang dimiliki pihaknya sekarang.

 

"Sebenarnya kita buat (perolehan) 400 pacuan empat roda GS Cargo merangkumi semua kontinjen. Untuk kontinjen Selangor kita bekalkan lebih (dari negeri lain) sebanyak 35 buah kerana ia kontinjen yang besar dan mempunyai daerah yang banyak.

 

"Dalam tempoh dua minggu lagi insya-Allah serahan kenderaan pacuan empat roda GS Cargo ini akan dilakukan di Kontinjen Kuala Lumpur...(buat masa ini serahan) di sekitar Lembah Klang untuk memudahcarakan operasi," katanya kepada Bernama dan RTM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sesi penyerahan kenderaan pasukan Toyota Hilux GS Cargo hari ini.

 

Sehingga kini, Mazlan berkata Kontinjen Selangor telah menerima agihan 37 kenderaan bagi 2020 dan 2021 untuk kegunaan di IPD serta balai-balai polis antaranya melibatkan 18 lori model Hino; tiga pacuan empat roda Toyota Hilux D/C 2.8 Black EDI dan dua pacuan empat roda Mitsubishi Triton 2.4 VG Premium.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…