Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan, salah satu tayar kenderaan dipercayai meletup semasa sedang memotong, menyebabkan kereta itu terbabas dan terbakar di wilayah Zamora, barat laut Sepanyol.
Kematian mengejut Jota, 28, dan adiknya Andre Silva, 25, pada 3 Julai lalu telah menggemparkan dunia bola sepak, dengan hanya kurang dua minggu selepas Jota melangsungkan perkahwinannya.
Beberapa jam sebelum kemalangan, Jota memuat naik video perkahwinannya bersama pasangan, Rute Cardoso, yang berlangsung pada 22 Jun lalu. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak.
Pengebumian berlangsung pada Sabtu lalu di Gondomar, pinggir bandar Porto.
Sepanjang kerjayanya, Jota pernah bermain bersama Atletico Madrid, Porto dan Wolverhampton Wanderers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2020.
Jota turut mewakili skuad kebangsaan Portugal dengan 49 penampilan dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi UEFA Nations League tahun ini.
Adiknya, Andre Silva, pula bermain di posisi tengah untuk kelab FC Penafiel dalam saingan divisyen kedua Liga Portugal.