Polis Sg Buloh sahkan insiden kematian di kedai tayar

oleh Firdaus Razani|
Tular baru-baru ini satu gambar dan rakaman suara yang memaparkan berlaku kecederaan dan kematian dua orang lelaki berpunca daripada tayar meletup.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40 tengah hari 30 April 2024 di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh.

Hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku ketika dua lelaki berbangsa cina yang juga merupakan pekerja di pusat servis tersebut sedang mengisi angin tayar sebuh jentolak.

Namun tiba-tiba tayar tersebut telah meletup dan terkena kepada kedua-dua mangsa dan mengakibatkan seorang mangsa mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.

Mangsa cedera parah telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

Kertas siasatan ‘Sudden Death Repot’ (SDR) telah dibuka berkait dengan kejadian tersebut, PDRM menasihatkn kepada orang awam supaya tidak menyebarkan atau membuat apa-apa spekulasi tentang kejadian ini.

 

pdrm

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat…
Berita Domestik
"Kekuatan penugasan pada operasi kali ini membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari jabatan…