Polis siasat insiden pemuda nyaris digilis treler di stesen minyak

oleh SALINA JALIL|
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman di Klang pada pagi Rabu.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.


"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan hampir digilis lori berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

 

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 

"Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan.

 

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…
Informasi
  Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, laporan itu akan merangkumi cadangan-cadangan ke arah menambah…