Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan MRR2

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan video tular baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki dipercayai merupakan orang yang telah membakar mercun di atas Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan dengan Petronas Lotus Ampang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam di Jalan Dagang.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek yang merupakan pemandu lori bertindak membakar bunga api itu atas permintaan pelanggan sebuah premis milik rakannya.

Farouk berkata, “Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencingnya negatif, dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini dan direman sehingga Rabu (19 April) mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menggunakan bahan letupan yang boleh membahayakan nyawa atau merosakkan harta benda atau mencederakan orang,”

Tambahnya lagi, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana bermain dan melepaskan bunga api.

 

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…