Polis Thailand tahan dua lelaki tempatan seludup trak pikap dari Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Thailand menahan dua warga tempatan yang menyeludup sebuah kenderaan pikap dengan nombor plat pendaftaran Malaysia di Sadao, Songkhla.


Dalam kejadian pada Ahad, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu yang membawa masuk sebuah pikap di lorong tikus di Sadao.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand.

 

"Setakat ini pemilik kenderaan itu belum tampil membuat laporan akan kehilangan kenderaan itu.

 

"Polis Thailand sedang berhubung dengan polis Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan itu," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Proton Gen2 itu membawa muatan 840 liter diesel dan 210 liter petrol…
Berita Domestik
  "Turut ditemui motor pam dan hose set yang digunakan untuk menyalurkan minyak daripada tangki…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan…