Polis US buru wanita bawa lari unit pandu uji Honda Accord 2019

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kebiasaannya, apabila kita hendak membeli sesebuah kereta baharu, kita akan berkunjung ke pusat-pusat pameran untuk menguji sendiri kereta tersebut sebelum membuat keputusan. 

Namun, mungkin kerana cuai atau terlalu mempercayai pelanggan mereka, salah sebuah pusat penjualan kereta di Bloomfield Hills terpaksa berputih mata apabila salah sebuah kereta pandu uji dilarikan pelanggan. 

Menurut laporan The Oakland Press, polis kini memburu seorang wanita yang membawa lari sebuah Honda Accord 2019 berwarna kelabu yang dipercayai hilang ketika sesi pandu uji pada 15 Jun lalu. 

Menariknya, jika prosedur standard pandu uji memerlukan seorang wakil penjual untuk menemani pelanggan, pusat pengedar Honda ini dikatakan membiarkan wanita ini 'memandu uji' sendiri kereta tersebut. 

Di Amerika, Honda Accord merupakan antara sedan yang popular menjadi sasaran pencuri sejak beberapa tahun yang lalu. 

Hanya pada tahun 2017 - berdasarkan kajian yang dibuat oleh driving-test.org, gelaran tersebut nampaknya disandang oleh Nissan Altima. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…