Polish kereta apa yang Queen of England pakai?

oleh SALINA JALIL|
Setiap produk yang berada di pasaran negara sememangnya mempunyai saingan yang semakin lama semakin meriah untuk para pengguna. Apatah lagi saingan dari produk-produk penjagaan kenderaan.


Dengan lambakan barang-barang dari China yang memberikan harga yang 'murah' beserta packaging yang menarik serta promosi-promosi yang kadangkala tidak terfikir dek akal, ramai yang keliru dan terjebak membuat pembelian yang salah!


Ada juga yang mementingkan jenama tetapi kerap kali 'tertipu' dengan pembelian barang-barang tiruan tanpa mereka sedar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

queen

 

Pada mereka yang pernah berhijrah ke UK atau belajar di sana, sudah pasti mereka pernah mendengar atau melihat rangkaian produk penjagaan kenderaan iaitu Autoglym.


Autoglym berasal dari negara pengeluar British dan produk mereka dijual di lebih 45 negara seluruh dunia.


Ditubuhkan pada tahun 1965, Autoglym adalah sebahagian dari Kumpulan Altro yang berpangkalan di Letchworth, Hertfordshire.


Pada awalnya produk syarikat ini hanya digunakan oleh pelanggan dari kalangan profesional seperti pengeluar kenderaan, pengedar, syarikat valeting profesional dan syarikat pengendali pengangkutan. 
 

 

Rangkaian produk Autoglym terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian luar kenderaan (exterior), bahagian dalaman kabin (interior) dan produk penjagaan kaca. 


Untuk penjagaan keseluruhan kenderaan, produk edisi terhad yang dikeluarkan adalah Autoglym LifeShine, tetapi produk ini hanya terdapat di UK sahaja! 


Bagi negara-negara lain, produk yang dihasilkan adalah Autoglym Carbon Shield,  produk ini merangkumi rawatan dan penjagaan yang mana ia melindungi cat kenderaan supaya tahan lebih lama serta menjaga upholsteri kenderaan. Tetapi, produk ini hanya dijual kepada syarikat-syarikat professional dalam bidang penjagaan kenderaan!


Yang lebih menarik Autoglym ini mendapat pengiktirafan dari dua Waran Diraja di UK sebagai pembekal produk penjagaan kereta.


Sejarah Autoglym ini bermula dari usahawan UK Motor Trade, Dennis Barley yang menghasilkan satu rangkaian produk yang merangkumi setiap keperluan asas sebuah kenderaan. 


Pada awalnya, terdapat 11 produk rangkaian asal, termasuk pencuci, pengilat, pengubahsuai cat dan pembersih kaca, bahagian enjin dan roda. 


Walau bagaimana pun produk tersebut hanya dihadkan pada mereka yang bertugas di bidang profesional sahaja samada yang bekerja di bengkel atau pusat servis yang bertauliah.
 

 

Tetapi dari sebuah syarikat yang bertumpu di bidang profesional sahaja, Autoglym telah mula membuka'rahsia perdagangan' mereka kepada orang ramai.


Pada tahun 1986 Autoglym melancarkan rangkaian runcit mereka yang terdiri daripada produk sedia ada serta beberapa produk yang dibangunkan khas untuk kegunaan orang kebanyakan. 


Memandangkan jenama itu terus berkembang, Autoglym telah berpindah ke Letchworth pada tahun 1991 untuk meningkatkan pengeluaran pembuatan, kemudahan penyelidikan, ruang ujian makmal dan pembangunan produk yang lebih besar dan menyatukan jabatan jualan dan pembuatan.


Pada tahun 1991 ini juga, Autoglym mula memperkenalkan barisan produk baharu. Produk baharu ini dibangunkan di atas permintaan dari pelanggan yang mahukan rangkaian bebas silikon.


Pada tahun 1991 ini juga, Autoglym berjaya mendapat Waran Diraja dari Putera Wales dan setahun kemudian mereka mendapat Waran Diraja Permaisuri.


Di negara kita sendiri, cuma orang-orang 'lama' atau mereka yang bekerja di pusat servis kenderaan sahaja yang mengenali jenama Autoglym ini dan salah satu sebab adalah kerana kepayahan membeli produk ini sendiri.

 

 

Produk Autoglym juga tidak diiklankan di tepi-tepi jalan raya mahupun di kaca TV. Tetapi permintaan terhadapnya tetap tinggi, kenapa?


Sebab pertama adalah kerana produk mereka terbukti keberkesanannya dalam 'menjaga' kenderaan tersebut!


Kedua - berkualiti; kerana itu Autoglym mendapat pengiktirafan dari keluarga Diraja sendiri, malah pusat-pusat servis bertauliah juga menggunakan produk mereka.


Ketiga - produk Autoglym dihasilkan melalui penyelidikan di kilang sendiri dan bukan produk 'timbang kilo' atau sekadar menampal stiker di botol sahaja!


Keempat - produk shampoo dan conditioner Autoglym mempunyai kadar PH neutral, tidak berbuih, tidak berasid atau tidak beralkali. 

 

 

Kelima - penjimatan; Autoglym shampoo dan conditioner adalah produk 2 dalam 1, ia bertindak sebagai agen pembersih dan conditioner pula berfungsi sebagai agen memelihara cat kereta anda, dan yang lebih menarik, dengan hanya menggunakan dua penutup botol yang kecil sahaja, ia mampu membasuh, membersihkan dan mengekalkan permukaan cat kereta anda tanpa 'menipiskan'atau dalam bahasa yang mudah, tidak 'makan' cat kereta anda.


Keenam - Autoglym mempunyai rangkaian produk yang menyeluruh untuk sebuah kenderaan. Dari shampoo, polish dan ceramic spray yang memastikan bahawa permukaan cat kereta anda terpelihara! Autoglym Wheel Cleaner pula, ia dihasilkan khas untuk rim aloi kenderaan anda.


Ketujuh – ‘Autoglym Air Con Sanitiser' ini merupakan produk terbaharu dari Autoglym yang berfungsi sebagai agen pembasmi kuman untuk ruang kabin anda. 


Dan di atas sebab-sebab tersebut kami di Careta telah berkolaborasi bersama pengedar sah Autoglym dan menawarkan diskaun sehingga 10 peratus untuk kesemua produk mereka dengan menggunakan kod promo CARETA10.

 

 

Kami juga memberikan anda hadiah percuma untuk pembelian seperti di bawah:

i. Sekiranya anda membeli Autoglym Rapid Ceramic Spray (harga sebelum diskaun RM128), anda akan mendapat hadiah percuma iaitu sebotol Autoglym Bodywork Shampoo Conditioner yang berharga RM88.80.


ii. Sekiranya anda membeli Autoglym Super Resin Polish (harga sebelum diskaun RM153.80), anda akan mendapat hadiah percuma iaitu sebotol Autoglym Bodywork Shampoo Conditioner yang berharga RM88.80.


Info Tambahan

iii.  Sekiranya anda membeli salah satu produk di atas, anda diberikan diskaun sehingga 50 peratus (50%) untuk pembelian produk Autoglym Air Con Sanitiser atau Custom Wheel Cleaner yang bersaiz 500ml.


Kos penghantaran adalah percuma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, kecuali Autoglym Air Con Sanitiser tidak dibenarkan untuk pembelian di Sabah dan Sarawak.


Tawaran istimewa ini bermula dari 1hb sehingga 15 Disember 2021 sahaja di www.auto2u.my sahaja.

 

Kami telah pun menyediakan video (di bawah) untuk anda fahami dengan lebih mudah: