Polydrops Inc hasilkan trailer RV ringkas dari kayu dan aluminium

oleh HEZERI SAMSURI|
RV atau Recreational Vehicle bermaksud kenderaan rekreasi seperti sebuah karavan.

Di Amerika Syarikat, RV adalah salah satu genre kenderaan yang mempunyai pasarannya sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, tidak semua RV ditampilkan dalam bentuk karavan besar atau rumah treler yang mahal.

Untuk Polydrops Inc dari California, ia percaya kepada sesuatu yang ringkas tetapi berfungsi dengan baik.

Dibina menggunakan kayu dan dibalut dengan "kulit" aluminium, rumah trailer Polydrop ini mampu ditunda oleh pelbagai jenis kenderaan, termasuk kereta sport.

 

 

Ini ialah kerana ia kompak (3.8 meter panjang) dan hanya seberat 345 kg. 

Roda 13-inci itu diberikan dengan sepasang brek cakera hidraulik yang mampu memberikan kuasa hentik yang baik.

Pintu di kiri dan kanan dibuka seperti pintu gullwing pada Mercedes-Benz SLS AMG. Ruang dalam memuatkan tempat tidur untuk dua orang, lampu LED, liang udara di bumbung, tiga ruang barang, pemanas elektrik, USB, soket 12V dan disambungkan kepada sebuah bateri 12V dengan solar panel 100W.

 

 

Di bahagian ekornya ada ruang untuk simpanan barang dan dua laci. Ruang ini boleh dijadikan dapur ringkas jika perlu.

Harga jualan untuk 20 unit pertama ialah US$9,000, sebelum ia meningkat kepada US$13,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Informasi
Menurutnya, semasa kejadian, kenderaan yang dipandu seorang lelaki dari arah utara menghala selatan…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…